Dapatkan Testimoni al-Quran Hadith dan CUTE COMMENTS Disini »

Monday, February 15, 2010

FAEDAH PERKAHWINAN DALAM ISLAM





1.Berkembang biak jenis manusia dengan adanya keturunan penduduk..
Perkahwinan merupakan satu-satunya jalan tanoa pengganti untuk menambah keturunan manusia dan berkembang biak hingga hari kiamat tiba..saperti firman Allah yang bermaksud:

"Hai sekalian manusia,bertakwalah kepada Robb kamu yang telah menciptakan kamu seorang diri,dan daripadanya Allah menciptakan isterinya dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan wanita yang ramai." (An-Nisa':1)

"Dan Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagi kamu dari isteri-isteri kamu itu anak-anak dan cucu-cucu." (An-Nahl:72)

Rasulullah bersabda:

"Menikahlah,nescaya kamu saling berketurunan dan menjadi ramai.Sesungguhnya aku bangga kepada kamu yang berbangsa-bangsa." (Diriwayatkan Al-Baihaqy)

2.Menjaga suami isteri agar tidak melakukan perbuatan yg hina dan keji,mencegah penyalahgunaan seksual dan menundukkan mata agar tidak memandang hal-hal yang diharamkan.

huraian:Mengenai hal tu,Rasulullah SAW menyeru para pemuda agar menikah untuk mewujudkan faedah tersebut sebagaimana sabda Baginda,"Wahai sekalian pemuda,barangsiapa diantara kamu mampu menikah,maka hendaklah dia menikah,kerana penikahan itu lebih mampu menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan."

3.Mententeramkan dan Menenagkan jiwa kerana bersamma isteri serta rasa senang kepadanya..

huraian:Al-Imam Al-Ghazali berkata tentang sebahagian faedah perkahwinan:"perkahwinan adalah penenag jiwa dan kesenangan kepada isteri iaitu ketika bersanding bersamanya,memandang dan bercanda.Perkahwinan juga mententeramkan hati dan menambahkan kekuatan untuk beribadah.Ini kerana jiwa itu mudah jemu lalu menghindari kebenaran.Rasa cinta kepada wanita termasuk ketenteraman yang menghilangkan kesusahan dan menyenangkan hati.Jiwa orang-orang yang bertwaqwa pun memiliki kesenangan terhadap hal-hal yang mudah.oleh itu Allah berfirman yang bermaksus,:Agar dia merasa senang kepadanya (Wanita).

Ali bin Abi Talib berkata:"Tenteramkanlah hati kamu barang sejenak.Kerana jika dipaksa terus,maka ia boleh menjadi buta.

4.Saling bantu membantu antara suami isteri.

huraian:wanita berperanan memenuhi kehendak suami dan menguruskan rumah tangga malah suami pula ialah bekerja untuk memenuhi keperluan hidup anggota keluarga.Bantu membantu sebegini lah yang akan mencipta dan menambahkan kasih sayang di dalam rumah,sesuai untuk menegakkan keluarga islam.

No comments: