Dapatkan Testimoni al-Quran Hadith dan CUTE COMMENTS Disini »

Monday, February 15, 2010

Pinangan Dan Adab-Adabnya..

1.Pandai memilih suami.

# Masa depan kehidupan suami isteri bergantung erat ketika memilih suami,maka islam menganjurkan memilih suami yang memiliki akhlak yang baik,salih dan taat beragama yang didasarkan kepada firman Allah yang bermaksud :

"Dan kahwinlah orang-orang yang bersendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (Kahwin) dari hamba-hamba sahaya kamu yang laki-laki dan hamba-hamba sahaya yang kamu wanita."(An-Nur :32)


#Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa kemampuan dalam perkahwinan adalah dalam masalah kekayaan.Sebab Allah menjanji kepada orang-orang yang miskin ,bahawa dia akan memberi kecukupan kepada mereka dari Kurnia-Nya:


"jika mereka miskin,Allah akan memapukan mereka dengan Kurnia-Nya.Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya)lagi Maha Mengetahui (An-Nur :32)


2.Masing-masing perlu melihat pihak yang lain.

# jika memilih suami merupakan dasar yang pertama,dan menjadi perkara terpenting sebelum ada pinangan dan perkahwinan,maka melihat calon pasangan pun tidak kurang pentingnya.Islam merupakan agama yang Hanif,yang mensyariatkan pelamar untuk melihat wanita yang dilamar untuk melihat laki-laki,yang meminangnya,agar masing-masing benar-benar mendapat kejelasan ketika membuat pilihan pasangan hidupnya.

# Al-Mughirah bin Syu'bah meriwayatkan bahawa meminang seorang wanita,lalu Nabi SAW bersabda kepadanya :

"Lihatlah wanita itu,kerana hal ini mampu merukunkan kamu berdua."(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari,At-Tirmidzi dan An-Nasa'i)


1. Larangan berkhalwat dengan laki-laki peminang tanpa disertai Mahram

# Zaman moden ini sering terjadi laki-laki peminang berkhakwat dengan wanita yang dipinangnya sebelum diadakan akad nikah menurut syariat.Mereka memberi alasan konon-konon mahu mengenali pasangan tersebut lebih mendalam sebelum bernikah..

# Islam mengharamkan perkara yang sebegitu dan menganggap masig-masing yang terlibat dalam peminangan itu sebagai orang asing (bukan mahram),selagi belum ada perlksanaan akad nikah diantaranya.Padahal berkhalwat antara laki-laki dan wanita adalah haram,yang bersandarkan pada hadis Rasulullah SAW yang bersabda,maksudnya :

"Janganlah sesekali laki-laki berkhalwat dengan seorang wanita kecuali mahramnya."



2.Wanita yang dipinang tidak boleh berjabat tangan dengan laki-laki yang meminangnya.

3. Laki-laki yang meminag boleh berbincang dengan wanita yang dipinang dan bertukar pendapat dalam masalah-masalah fikah.


# Menurut mejoriti alhi fiqah suara wanita bukanlah aurat.Nabi SAW sendiri pernah berbicara dan mendengarkan suara wanita.Kaum laki-laki juga bermusyawarah dengan Ummul-Mukminin,Aisyah dalam mengupas beberapa hukum syariat.Hal ini dilakukan di balik hijab.Dalil-dalil tentang ini cukup banyak dan sudak dikenal.tetapi wanita yang dipinangnya tidak boleh membuat suara yang merdu mendayu ketika berbicara yang didasarkan kepada Firman Allah :


"Maka jaganlah kamu tunduk berbicara sehingga berkeinginan orang yang didalam hatinya ada penyakit."(Al-Ahzab :32)








FAEDAH PERKAHWINAN DALAM ISLAM





1.Berkembang biak jenis manusia dengan adanya keturunan penduduk..
Perkahwinan merupakan satu-satunya jalan tanoa pengganti untuk menambah keturunan manusia dan berkembang biak hingga hari kiamat tiba..saperti firman Allah yang bermaksud:

"Hai sekalian manusia,bertakwalah kepada Robb kamu yang telah menciptakan kamu seorang diri,dan daripadanya Allah menciptakan isterinya dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan wanita yang ramai." (An-Nisa':1)

"Dan Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagi kamu dari isteri-isteri kamu itu anak-anak dan cucu-cucu." (An-Nahl:72)

Rasulullah bersabda:

"Menikahlah,nescaya kamu saling berketurunan dan menjadi ramai.Sesungguhnya aku bangga kepada kamu yang berbangsa-bangsa." (Diriwayatkan Al-Baihaqy)

2.Menjaga suami isteri agar tidak melakukan perbuatan yg hina dan keji,mencegah penyalahgunaan seksual dan menundukkan mata agar tidak memandang hal-hal yang diharamkan.

huraian:Mengenai hal tu,Rasulullah SAW menyeru para pemuda agar menikah untuk mewujudkan faedah tersebut sebagaimana sabda Baginda,"Wahai sekalian pemuda,barangsiapa diantara kamu mampu menikah,maka hendaklah dia menikah,kerana penikahan itu lebih mampu menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan."

3.Mententeramkan dan Menenagkan jiwa kerana bersamma isteri serta rasa senang kepadanya..

huraian:Al-Imam Al-Ghazali berkata tentang sebahagian faedah perkahwinan:"perkahwinan adalah penenag jiwa dan kesenangan kepada isteri iaitu ketika bersanding bersamanya,memandang dan bercanda.Perkahwinan juga mententeramkan hati dan menambahkan kekuatan untuk beribadah.Ini kerana jiwa itu mudah jemu lalu menghindari kebenaran.Rasa cinta kepada wanita termasuk ketenteraman yang menghilangkan kesusahan dan menyenangkan hati.Jiwa orang-orang yang bertwaqwa pun memiliki kesenangan terhadap hal-hal yang mudah.oleh itu Allah berfirman yang bermaksus,:Agar dia merasa senang kepadanya (Wanita).

Ali bin Abi Talib berkata:"Tenteramkanlah hati kamu barang sejenak.Kerana jika dipaksa terus,maka ia boleh menjadi buta.

4.Saling bantu membantu antara suami isteri.

huraian:wanita berperanan memenuhi kehendak suami dan menguruskan rumah tangga malah suami pula ialah bekerja untuk memenuhi keperluan hidup anggota keluarga.Bantu membantu sebegini lah yang akan mencipta dan menambahkan kasih sayang di dalam rumah,sesuai untuk menegakkan keluarga islam.

Friday, February 12, 2010

isTeri soLehah & ibu yang Berjaya..


Bagaimana Menjadi isteri solehah?

pengertian perkahwinan Dalam Islam.
Allah berfirman,maksudnya:
"Dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan,supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah." (Adz-Dzariyat:49)

Perkahwinan adalah sunnah alam yang asas dan merupakan salah satu kepentingan yang pasti diperlukan dalam kehidupan.Allah befirman,yang bermaksud:

"Maha suci Allah yang telah menciptakan pasangan semuanya,sama ada dari diri mereka mahupun dari apa yang tidak mereka ketahui ." (yaasin :36)